“Takdir yang indah (Qadarun Jameel)” tulisnya ringkas.
Ameera berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada malam Ahad, menurut laporan mStar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan reaksi positif dan tidak kurang juga yang membuat spekulasi mengenai hubungan mereka.
Ada yang menyifatkan pasangan itu kelihatan serasi dan seolah-olah sedang mengikuti kursus perkahwinan. “Mereka ada senyuman yang sama, mesti jodoh kuat ni.
“Pergi kursus kahwin ya, Ameera?
“Semoga cepat-cepat terikat dalam ikatan suci pernikahan,” tulis warganet.
Bagaimanapun, setakat ini, tiada pengesahan rasmi daripada kedua-dua pihak berkenaan status sebenar hubungan mereka. – Agensi


