Saturday, December 28, 2024
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ameerais tak kecil hati digelar artis TikTok

    Baru sahaja menerima anugerah Live Artist of The Year, penyanyi Ameerais tidak berkecil hati apabila ada yang menggelarnya sebagai artis di platfrom TikTok sahaja.

    Tidak mampu menutup mulut manusia daripada berkata-kata, Ameerais atau Mohamad Arif Ameerais Azhar, 34, memberitahu niatnya berada dalam industri adalah untuk menghiburkan orang ramai.

    “Saya terima sahaja (gelaran artis TikTok) kerana masing-masing ada pandangan tersendiri dan kita tak boleh nak tutup mulut orang.

    “Niat saya cuma mahu menghiburkan orang dengan nyanyian saya,” katanya kepada mStar.

    Merasai perbezaan bergelar artis dalam dua generasi berbeza, Ameerais mengakui bukan mudah untuk menempa nama dalam era moden kini.

    Penyanyi lagu Selalu itu bagaimanapun berkata dia perlu meneroka pelbagai platform kerana kerjaya sebagai penghibur menjadi sumber rezeki buat dirinya dan keluarga.

    “Dulu dan sekarang sangat berbeza, saya rasai dua generasi yang berbeza iaitu sebelum dan selepas adanya dunia media sosial.

    “Sekarang memang kena kuat berdaya saing… Ramai fikir jadi pencipta kandungan ni perkara mudah tapi mereka tak nampak kepayahan di sebaliknya.

    “Tapi itu perkara yang saya suka, nak buat kerja lain memang saya tak reti, jadi saya akan cuba menambah baik dari masa ke masa,” jelasnya.

    Untuk rekod, Ameerais berkahwin dengan Siti Nurnaja’a Shamsul Kamar pada 1 Mac 2019 dan pasangan ini mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Noah Eusoff, 4, dan Nedim Eibrahim, 3 tahun. – Agensi

    Ameerais tidak kisah dilabel sebagai sekadar artis di TikTok. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda