Friday, February 7, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amelia diperintah bayar lebih RM200,000

    Mahkamah Sesyen di sini baru-baru ini memerintahkan pelakon, Amelia Henderson membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada penerbit filem dan drama A Aida kerana melanggar kontrak penggambaran drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali, tahun lepas.

    Hakim, Zulqarnain Hassan membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan saman difailkan A Aida atau nama sebenarnya Datuk Zaidah Awang, 53, menerusi syarikatnya, A Aida Production Sdn Bhd selaku plaintif terhadap Amelia, 28, atau nama penuhnya Amelia Thripura Henderson sebagai defendan.

    Mahkamah memerintahkan Amelia membayar ganti rugi am RM90,000; pemulangan bayaran pendahuluan selepas menandatangani kontrak perjanjian sebanyak RM3,920; dan RM101,325 bagi pembayaran kos penggambaran serta kos RM18,000 kepada plaintif.

    Hakim itu turut membenarkan permohonan A Aida untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Amelia daripada menerbitkan kenyataan fitnah yang sama terhadapnya selain pelakon drama Kisah Cinta Kita itu perlu memohon maaf kepada plaintif di akaun Instagramnya @ameliath dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini (7 April).

    Zulqarnain dalam penghakimannya berkata mahkamah mendapati walaupun kontrak bukan ditandatangani oleh Amelia, namun tandatangan itu dibuat oleh pengurusnya, Siti Norsyuhada Abdul Kadir (SD1) dengan kuasa sah yang diberikan oleh pelakon tersebut. – Bernama

    Amelia ketika sidang media selepas hadir bagi keputusan kes saman A Aida Production Sdn Bhd terhadapnya berhubung pelanggaran kontrak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda