Sunday, February 9, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amelia Henderson pertahan Janna Nick

    Pandangan dikemukakan pelakon Janna Nick ketika menjadi tetamu program Studio Sembang bersama Amelia Henderson menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet sehingga nama kedua-dua selebriti itu trending di Twitter.

    Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, yang berkongsi tentang keseimbangan hidup dan kerjaya berkata, tidak seperti kebanyakan generasi masa kini yang mempertikaikan perkara tersebut dia sibuk mengukuhkan kewangan sendiri dalam usaha mencapai keseimbangan itu.

    “Generasi sekarang mahukan work life balance, saya ada semua itu masa umur 28 tahun sekarang… selepas ada sejumlah wang, dua buah rumah dan kereta.

    “Bukan nak berlagak tapi saya nak katakan lebih tenang sedikit selepas memperoleh sesuatu dalam hidup. Kecuali awda datang dari keluarga kaya atau nak kahwin dengan lelaki berada,” katanya dalam temu bual berkenaan.

    Bukan hanya pendapat tersebut yang menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak, malah reaksi spontan Janna ketawa ketika melontarkan kata-kata juga membuatkan ramai tidak berpuas hati.

    Rata-rata menganggap Janna tidak sensitif dengan keadaan semasa selain mengaitkan dirinya yang sebelum ini pernah mendedahkan mengalami tekanan akibat kerja.

    Tampil mempertahankan pandangan Janna, Amelia menjelaskan apa disuarakan Janna dalam temu bual tersebut adalah pendapatnya sendiri berdasarkan pengalaman peribadi yang dilalui sebelum ini.

    Jelas Amelia lagi, Janna juga tidak mempersendakan sesiapa tentang isu tersebut apatah lagi pelakon itu pernah berdepan pelbagai situasi sukar sebelum berada ditahap sekarang. – Agensi

    Kenyataan Janna Nick semasa Studio Sembang bersama Amelia Henderson mendapat reaksi pelbagai dalam kalangan penonton. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda