Friday, February 7, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amelia Henderson sedih dilabel degil, sombong

     

    Pelakon Amelia Henderson, 28, sedih dilabel degil dan sombong oleh warga netizen apabila memilih terus melawan kes saman membabitkannya dengan A Aida Production Sdn Bhd.

    Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson berkata, dia tidak pernah menduga akan berdepan kes mahkamah yang sedikit sebanyak mencalarkan reputasi sepanjang 27 tahun membina karier seni.

    “Saya tahu ada komen netizen yang mendakwa saya degil, sombong dan sebagainya kerana membuat keputusan terus perjuangkan kes ini yang memerlukan turun naik mahkamah.

    “Kalau orang lain, saya rasa mungkin mereka tidak akan memilih jalan ini (tindakan undang-undang). Saya sendiri pun tak pernah membayangkan akan berdepan situasi ini.

    “Bayangkan selama 27 tahun saya terbabit dalam industri sejak berusia 10 bulan, tempoh dilalui sangat lama. Jadi, tentulah saya sayangkan karier yang sepenuh jiwa saya serahkan,” katanya dengan linangan air mata.

    Pelakon filem Pulau ini berkata, dia memang terkesan dengan isu saman yang dilaluinya, namun pada masa sama, tetap yakin dengan rezeki datang daripada Tuhan.

    “Saya memang ambil berat kerjaya seni. Apatah lagi, saya tahu tak buat apa-apa perkara yang boleh menghancurkan karier yang sudah saya bina seumur hidup ini.

    “Apapun, saya tetap positif dengan memikirkan rezeki lain. Sebabnya, saya percaya urusan rezeki bukan di tangan manusia, semuanya Tuhan tentukan,” katanya.

    Terdahulu, Hakim Zulqarnain Hassan ketika menyampaikan keputusannya dalam talian berkata, mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan permohonan Amelia untuk menggantung perintah permohonan maaf kepada kepada A Aida menerusi syarikatnya, A Aida Production Sdn Bhd.

    Berhubung perintah pembayaran ganti rugi, Zulqarnain turut membenarkan penangguhan bayaran melebihi RM200,000 itu. – Agensi

    Amelia memang terkesan dengan isu saman yang dilaluinya, namun tetap yakin dengan rezeki. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda