Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amelina pertahan genre dangdut

    Penyanyi Amelina menyedari genre dangdut sering kali dipandang negatif oleh masyarakat disebabkan faktor tarian serta gelekkan yang dipersembahan.

    Dalam hal ini, Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin, 49, berkata setiap penyanyi mempunyai cara tersendiri untuk menghiburkan penonton dan peminat.

    “Bagi saya setiap penyanyi dangdut ada cara tersendiri untuk bawa genre itu. Mungkin dia rasa nak bawa karakter (bergelek) itu.

    “Saya pun sejak memperjuangkan irama dangdut ini tiada bergelek atau nampak lucah tapi biasalah pemikiran orang.

    “Kalau orang itu negatif, tiang pun dia boleh nampak seksi,” katanya.

    Amelia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Konsert Goyang Asia Koplo Milenia Live In Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Dalam pada itu, menurut mStar, Amelina mengakui irama dangdut mempunyai peminat tersendiri sehingga kini.

    Disebabkan sokongan dan permintaan itu membuatkan dia masih mampu bertahan dan menyara anak-anaknya dengan genre tersebut. – Agensi

    Amelina harap Konsert Goyang Asia Koplo Milenia Live In Kuala Lumpur dapat buka mata ramai penonton. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda