Thursday, January 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    American Airlines minta AS$12B dalam bantuan kerajaan

    WASHINGTON, 31 MAC – American Airlines berusaha mendapatkan AS$12 bilion dalam bantuan kerajaan untuk memacu syarikat penerbangan tersebut daripada kemelut penerbangan global yang dicetuskan oleh koronavirus, lapor Wall Street Journal.

    Industri penerbangan adalah salah satu sektor yang paling teruk terjejas oleh COVID-19, dengan syarikat penerbangan AS menggantung kebanyakan penerbangan rentas Atlantik dan perjalanan domestik. Kongres AS telah memperuntukkan AS$50 bilion dalam perbelanjaan untuk industri dalam pakej penyelamat ekonomi koronavirus bernilai AS$2 trilion. Ketua eksekutif American Airlines, Doug Parker dan presiden Robert Isom berkata dalam memo kepada kakitangan semalam bahawa ia akan mendapatkan satu perempat daripada dana bantuan yang ditawarkan.

    “Kami berhasrat memohon dana tersebut dan yakin mereka akan membenarkan kami terbang walaupun dalam senario masa depan yang paling teruk,” tulis mereka, menurut Wall Street Journal. – AFP

    American Airlines meminta AS$12 bilion dari kerajaan untuk membantu mereka yang mengalami kerugian akibat koronavirus. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda