Friday, September 6, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    American Airlines sambung semula operasi penerbangan

    WASHINGTON, 19 JULAI – American Airlines hari ini mengumumkan bahawa ia telah menyambung semula operasi selepas masalah berkaitan gangguan besar siber di seluruh dunia.

    “Awal pagi ini, isu teknikal dengan vendor telah menjejaskan beberapa syarikat penerbangan, termasuk American Airlines. Setakat jam 5 pagi, kami berjaya mengembalikan operasi kami dengan selamat,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan di platform media sosial X.

    Gangguan siber besar-besaran itu telah menimbulkan kerosakan pada sistem komputer di seluruh dunia, menghentikan penerbangan di seluruh dunia, termasuk di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) serta mengganggu siaran televisyen di UK dan menjejaskan telekomunikasi di Australia.

    Syarikat penerbangan AS, Delta dan United Airlines, membatalkan semua penerbangan mereka awal Jumaat kerana isu komunikasi, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

    FAA kemudian berkata ia ‘memantau rapat isu teknikal yang menjejaskan sistem IT di syarikat penerbangan AS.’

    Beberapa syarikat penerbangan AS telah meminta bantuan FAA dengan penggantungan untuk armada pesawat mereka sehingga isu ini diselesaikan”. – AFP

    Penumpang di Ronald Reagan Washington mencari maklumat penerbangan di Virginia selepas gangguan sistem komputer di seluruh dunia. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda