BRIDGEHAMPTON – Ralph Lauren pergi ke Hamptons untuk melancarkan fesyen rekaannya, Americana, yang menampilkan Wanita Pertama, Jill Biden, Usher dan Colman Domingo yang berada di barisan hadapan serta Naomi Campbell, Christy Turlington dan sekumpulan kanak-kanak comel pada pentas pertunjukannya.
Kuda dan penunggang berkeliaran di padang berdekatan di belakang pagar kayu putih di kompleks ekuestrian tony di Bridgehampton ketika Lauren menampilkan pakaian putih, oren, hijau dan kuning untuk lelaki dan wanita termasuk jaket anak damit berwarna biru.
Bagi pertunjukan Musim Bunga/Panas 2025, sehari sebelum pembukaan rasmi Minggu Fesyen New York, Lauren telah memilih Khalily Stables, kawasan ekuestrian terkini seluas 19 ekar yang terdiri daripada gerai, bangsal, arena menunggang kuda dan paddock berumput.
Lauren menggabungkan koleksinya terdiri daripada Purple Label, Polo Ralph Lauren dan pakaian kanak-kanak untuk pertunjukan yang menekankan kebolehpakaian menjelang musim panas.
Terdapat penampilan ala berkelah pada gaun biru, seluar putih dan seluar pendek dipadankan dengan jalur serta jaket. Terdapat juga penampilan bagi suasana petang, termasuk skirt mutiara panjang yang mempesonakan dipakai oleh Campbell dengan kemeja-T putih.
Bagi lelaki pula, Lauren menampilkan seluar ketat bertali, jaket makan malam berwarna biru dan seluar berwarna jingga yang dipadankan dengan jaket nautika tentera laut serta tali leher lebar pelbagai warna digandingkan dengan baju bergaris-garis.
Warna putih dan biru telah mendominasi pakaian termasuk crochet. Ia menonjolkan beberapa kilauan dalam gaun malam labuci, gaun koktel putih yang terdedah di belakang dan blaus biru, digandingkan dengan sepasang fesyen seluar koyak berwarna khaki dan penampilan lainnya.
Sementara kanak-kanak prasekolah hingga remaja dan dewasa, juga sudah bersedia pada pentas pertunjukan itu.
Seorang memakai seluar pendek putih dan selendang hijau. Manakala yang lainnya memakai but tinggi dengan polo biru sepadan dengan seluar. Selainnya adalah prepsters kecil dengan butang ke bawah garis-garis, jaket tentera laut dan seluar putih yang dipotong.
Mengenai pertunjukan itu, Usher berkata, “Ia merupakan kehidupan Amerika. Itulah cinta Amerika. Itulah keluarga.”
Seorang lagi tetamu Lauren, Tom Hiddleston, bersetuju. “Ia adalah pertunjukan yang sangat bijak dan teliti, saya ingin menjadi sebahagian daripada mereka. Saya ingin melaluinya,” katanya. “Ia sangat memberi inspirasi,” ujarnya lagi.
Domingo menambah, “Ia memperlihatkan kesemua warna, bentuk dan saiz yang berbeza di mana membuatkan orang berasa seperti mereka telah memilikinya.”
Manakala, menurut rakan jemputan lain, Jude Law, pula ‘ia merupakan tempat aspirasi yang lebih baik.’
Naomi Watts, Kasey Musgraves, Demi Singleton dan Justin Theroux juga antara tetamu Lauren. Begitu juga Kim Min-jeong, dikenali sebagai Winter, daripada kumpulan gadis K-pop, Aespa.
Dalam nota pertunjukannya, Lauren berkata “Hamptons adalah dunia semula jadi dengan langit biru yang tidak berkesudahan; lautan, padang hijau dan pagar putih, kedesaan dan keanggunan dengan kualiti cahaya yang menarik perhatian artis di sini beberapa tahun yang lalu.” – AP