Friday, February 7, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amerika Latin catat lebih satu juta kes koronavirus

    BRASILIA, 1 JUN – Kes koronavirus yang disahkan di Amerika Latin telah melepasi satu juta, sementara Britain dan Rusia melonggarkan sekatan hari ini, meskipun belum mengawal sepenuhnya wabak.

    Kerajaan di seluruh dunia sedang bertindak melonggarkan sekatan yang telah menjejaskan ekonomi mereka, walaupun tatkala jumlah kes mencecah 6.1 juta dan kematian melebihi 371,000.

    Dengan lebih setengah juta jangkitan, Brazil kini mencatat kes kedua tertinggi di dunia, tetapi Presiden Jair Bolsonaro sekali lagi tidak menghiraukan cadangan penjarakan sosial semalam.

    Tanpa memakai penutup mulut dan hidung, pemimpin itu bertemu dengan sekumpulan penyokong di ibu negara Brasilia semasa orang ramai melaung ‘Karut! Karut! Karut! – mengulang penafian beliau mengenai ancaman virus.

    Meskipun sikap ragu-ragu beliau, virus terus membelenggu Brazil dan kawasan di Amerika Selatan, dengan situasi di Chile, Bolivia dan Peru bertambah buruk. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda