Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amerika Latin terima vaksin mulai Disember

    MOSCOW, 20 OKT – Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF) merancang untuk memulakan penghantaran vaksin COVID-19, Sputnik V ke Argentina dan Peru, kata Ketua Eksekutifnya Kirill Dmitriev kelmarin.

    “Kami akan segera mengumumkan perjanjian dengan Argentina dan Peru. Kami juga akan memeterai perjanjian dengan Mexico, Brazil dan beberapa negara lain.

    “Kami yakin dapat memulakan penghantaran ke Amerika Latin seawal Disember,” kata Dmitriev dalam satu persidangan dalam talian, lapor agensi berita Rusia (TASS).

    Bagaimanapun, masalah peraturan berkaitan kelulusan vaksin dijangka mempengaruhi proses penghantaran, tambahnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda