Friday, September 13, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amerika sedia untuk lembaran baharu – Obama

    CHICAGO, 21 Ogos – Bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memberikan sokongan padu kepada calon presiden Demokrat, Kamala Harris ketika beliau menyampaikan ucapan penutup pada hari kedua konvensyen kebangsaan parti itu malam kelmarin.

    “Amerika sedia untuk lembaran baharu. Amerika sedia untuk cerita yang lebih baik. Kita sedia untuk presiden Kamala Harris,” kata Obama kepada orang ramai yang bersorak di Chicago, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    “Kamala Harris sedia untuk tugas ini. Beliau adalah seorang yang menghabiskan hidupnya memperjuangkan hak mereka yang tidak mempunyai kuasa dan seorang juara,” kata bekas presiden itu.

    Obama juga mengkritik penggantinya dari parti Republikan, Donald Trump, yang akan bersaing dengan Harris dalam pemilihan Presiden AS.

    “Di sini ada seorang jutawan berusia 78 tahun yang tidak berhenti mengeluh tentang masalahnya sejak turun dari eskalator emasnya sembilan tahun lalu. Kita tidak memerlukan empat tahun lagi kekacauan, kekecohan dan huru-hara. Kita telah menyaksikan ‘filem’ itu dan kita semua tahu bahawa sekuel biasanya lebih teruk,” katanya.

    Terdahulu, Parti Demokrat secara rasmi mengesahkan Harris sebagai calon presiden mereka untuk pilihan raya pada 5 November.

    Harris dijadual menyampaikan ucaptama pada konvensyen itu pada malam esok. – Bernama

    Obama semasa menyampaikan ucapannya di Konvensyen Kebangsaan Demokratik pada 20 Ogos di Chicago. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda