Thursday, February 13, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amerika Syarikat sedia tangani ancaman nuklear Korea Utara

    WASHINGTON, 14 April – Amerika Syarikat (AS) sedang menilai pilihan ketenteraan dalam respons kepada program senjata Korea Utara, seorang penasihat dasar luar Rumah Putih mengesahkan hari ini, dengan berkata satu lagi ujian provokatif dalam persoalan ‘bila’ dan bukan ‘jika’.

    Ketika spekulasi meningkat bahawa Pyongyang sedang bersiap sedia untuk menguji peluru berpandu atau nuklear pada ulang tahun besar pada hari Sabtu, pegawai itu berkata AS bersedia menangani ancaman keselamatan yang diperlihatkan oleh cita-cita nuklear Korea Utara.

    “Pilihan ketenteraan telah pun dinilai,” kata penasihat itu yang merahsiakan identitinya untuk membincangkan topik sensitif itu, dengan menyifatkan ujian baru itu sebagai ‘kemungkinan’.

    Terdapat laporan tentang kegiatan di tapak ujian nuklear di Korea Utara sebelum ulang tahun ke-105 kelahiran pengasas negara itu, Kim II-Sung pada esok hari.

    “Tidak mengejutkan bahawa ulang tahun itu adalah pada hari Sabtu, lazimnya terdapat perarakan besar dan memperlihatkan senjata-senjata dan senjata olok-olok,” kata penasihat itu lagi.

    “Malangnya ia bukan kejutan baru bagi kami, (Pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un) terus mengembangkan projek ini, beliau terus melancarkan peluru berpandu ke Laut Jepun. Bagi rejim itu ia bukanlah sesuatu perkara jika, tetapi bila.”

    Ulasan timbul selepas Presiden Donald Trump memberitahu para pemberita bahawa ‘masalah’ Korea Utara ‘akan diurus.’

    Ulasan-ulasan membimbangkan muncul pada hari sama ketenteraan AS menggugurkan bom bukan nuklear terbesar miliknya ke Afghanistan, yang menyasarkan bangunan yang digunakan oleh kumpulan Islam IS. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda