Friday, April 25, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amira Othman jelaskan sebab Fattah Amin makin berisi

    Penampilan terbaharu pelakon Fattah Amin semasa menghadiri satu acara rumah terbuka Aidilfitri menarik perhatian warganet apabila ada yang menegur bentuk tubuh aktor berkenaan yang dikatakan semakin berisi.

    Menjawab komen warganet tersebut, rakan artis iaitu penyanyi Amira Othman memberitahu perubahan fizikal Fattah itu adalah kerana rutin senaman di gimnasium.

    “Dia buff sebab main gim. Jangan cakap berisi nanti dia tak mahu makan langsung. Hehe!” katanya menerusi ruangan komen di sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

    Dalam perkongsian tersebut, Amira memuat naik beberapa foto memperlihatkan dirinya bersama Fattah di sekitar acara rumah terbuka tersebut.

    Penampilan Fattah yang menggayakan persalinan lengkap Baju Melayu rona perak itu menarik perhatian ramai apabila tubuh tegapnya menjadi perbualan di media sosial.

    “Abang Long (panggilan Fattah) berisi betul ya sekarang. Nanti sambung duta Jakel nak kena tukar saiz ni,” tulis pengikut.

    Gara-gara komen balas Amira itu, ada peminat berseloroh dan menganggap Amira sangat memahami dan mengetahui semua hal berkaitan Fattah.

    “Bunyi macam Kak Long (panggilan Amira) risau sahaja tu sebab Abang Long (panggilan Fattah) tak nak makan.

    “Macam mana Kak Long tahu dia main gim ek. Kak Long sangat memahami Abang Long.

    “Wah, baiknya rakan sekerja memahami, ambil berat sangat. Tak mengapa kami faham,” ujar warganet.

    Sebelum ini, Fattah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Amira selepas aktor berkenaan bercerai dengan pelakon Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.

    Bagaimanapun, menerusi temu bual bersama mStar, Amira menjelaskan mereka hanya bekerjasama dalam muzik video single terbaharunya berjudul Bila Nak Kahwin? – Agensi

    Fattah (dua dari kanan) dikatakan sudah semakin berisi. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda