Khamis, November 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amirah bukan kosong dalam muzik

    Komposer Ajai memuji keperibadian penyanyi Amira Othman yang disifatkan sebagai wanita sopan serta memiliki perwatakan lemah lembut. 

    Ajai atau Mohamad Faizal Maas, 50, berkata, dia kini sedang bekerjasama dengan Amira dalam menjayakan lagu runut bunyi sebuah drama yang bakal dilakonkan oleh Amira dan aktor Fattah Amin. 

    Kata Ajai, Amira adalah penyanyi yang baik dan sememangnya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

    “Bagus budak (Amira) tu sopan orangnya, lemah lembut dan menghormati seni, dia suka berbincang dan saya suka artis yang ada pendapat dan saling memberi cadangan”.

    Menurut laporan mStar, Ajai turut menjelaskan, Amira bukan datang studio hanya menyerahkan semuanya kepada composer, dia tahu hala tuju yang dia mahu dan bila datang studio saya sudah tahu tentang kekuatan vokalnya. 

    “Dia berterima kasih kerana saya sudah peka dengan vokal range yang dimilikinya. Maksudnya dia tahu tentang nota-nota muzik. Dia bukan kosonglah dalam muzik,” katanya kepada mStar. 

    Ajai berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pentas akhir Raise The Star Malaysia yang diadakan di Royal Theatre Shah Alam pada malam Ahad. 

    Dalam pada itu, Ajai turut memuji kemampuan vokal Amira yang dikatakan mempunyai nada merdu dan sedap didengar. 

    “Saya meminati suara Amira, suara ini bukan fasal tinggi atau rendah tetapi nada. Saya suka penyanyo yang berpegang pada konsep”. 

    “Cuma nak tunggu masa untuk spark saja. Kita tahu dia memperjuangkan world music. Orang Johor kan memang suka irama ghazal tetapi nyanyiannya sedap dengan kemampuan suara dia,” ujarnya. 

    Katanya lagi, “tidak semestinya perlu menyanyi nada tinggi, paling-paling kita nak dengar suara yang sedap didengar.  

    Sebelum ini, Ajai memuat naik sebuah hantaran di Instagram miliknya memaklumkan dia bakal menerbitkan single baharu buat Amira atau Nadia Amira Othman, 32 tahun. 

    Kata Ajai, dia bertemu dengan Amira ketika penyanyi berkenaan berusia 21 tahun dan kini berpeluang untuk bekerjasama merakamkan lagu baharu. – Agensi

    Ajai (kiri) bakal menerbitkan single baharu buat Amira. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda