Saturday, March 1, 2025
30 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amiruddin juara Beyblade X sempena HK-41

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Amiruddin bin Haji Abdi Manaf daripada Pasukan Jakusha Bladers (JB) muncul juara pertandingan Beyblade X 2 on 2 anjuran Jakusha Tour bersempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan ke-41 (HK-41), sekali gus berjaya membawa pulang hadiah utama sebuah peti ais setelah berjaya menewaskan rakan sepasukan iaitu Mimi Nazuwan bin Ibrahim dalam perlawanan akhir yang diadakan di Kampung Lambak.

    Manakala tempat ketiga disandang oleh Mimi Nazuwan setelah menewaskan Haji Rosaimi bin Haji Lamit daripada Pasukan DBos Beys (DB) sekali gus menduduki tempat keempat.

    Bagi pemenang saguhati lapan teratas pula disandang oleh Amiruddin (JB), Mohd Erwan Shah (JB), Norhayati daripada Undergroundz X (UGX) dan Jukarnain daripada SA Bladerz (SA).

    Dalam perebutan Liga Jakusha Bladers bagi 2024/2025, Pasukan JB melebarkan jurang dengan memperoleh 236 mata, diikuti Pasukan DB 194 mata, Pasukan SA 167 mata dan Pasukan UGX memperoleh 121 mata.

    Para pemenang bergambar ramai semasa pertandingan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda