Seorang artis yang begitu terkanal dan ‘laris’, belum tentu membuat kehidupannya lebih senang dan mempunyai kekayaan yang berpanjangan.
Sama seperti Amitabh Bachchan, walaupun sememangnya dia adalah selebriti yang sangat terkenal di India, juga pernah mengalami kesukaran dalam hidup menyebabkan dia terlilit dengan hutang hingga hampir muflis. Hal ini diungkapkan oleh salah seorang pengarah filem terkenal India, Suneel Darshan.
Dia mengimbau kembali kenangan bagaimana Amitabh Bachchan cuba untuk bangkit dalam mengatasi masalah kewangannya, sampai berlakon di dalam dua buah filem sekaligus dalam waktu yang sama.
“Dia ingin kembali, dan baru saja menandatangani kontrak untuk film Mohabbatein dan Kabhi Kushie Kabhi Gam. Kami seharusnya membuat penggambaran untuk filem tersebut selama satu tahun, namun jadual penggambaran telah tertunda disebabkan oleh Juhi Chawla sedang mengandung pada masa itu,” kata Suneel Darshan dipetik dari BollywoodShadis.
Untuk dua buah filem tersebut, Amitabh rela bekerja setiap hari, dari jam 9 pagi hingga jam 2 pagi. Padahal ia sudah tidak muda lagi saat itu.
“Amitabh Bachchan sangat komited, dia rela membuat pengambaran dari jam 9 pagi hinggai jam 6 petang untuk Kabhi Khushi Kabhie Gham. Kemudian datang ke lokasi penggambaran Mohabbatein pada jam 7 malam sampai jam 2 pagi. Padahal saat itu usianya 58 tahun,” katanya lagi. – Agensi


