Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amnesty desak FIFA, UEFA gantung persatuan bola sepak Israel

    LONDON, 2 OKT – Amnesty International kelmarin telah mengutus surat kepada FIFA dan UEFA supaya menggantung penyertaan Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) daripada kejohanan, sehingga badan itu mengecualikan kelab yang berpangkalan di penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki (OPT) daripada terus bermain dalam liga bola sepak Israel.

    Agensi Berita Palestin (WAFA) turut melaporkan, Setiausaha Agung Amnesty International, Agnes Callamard berkata, ketika pasukan bola sepak kebangsaan Israel bersiap menghadapi kelayakan Piala Dunia menentang Norway dan Itali, Israel pada masa sama terus melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

    “Lebih 800 atlet, pemain dan pegawai sukan adalah antara lebih 65,000 orang yang dibunuh oleh pasukan Israel dalam kempen yang disengajakan bagi memusnahkan secara menyeluruh, mengusir secara paksa, dan menjerumuskan orang awam ke dalam kebuluran,” katanya.

    Beliau turut menegaskan, Israel sedang memperluas penempatan haram dan mengiktiraf pos haram di Tebing Barat sebagai sebahagian daripada pendudukan tidak sah di wilayah Palestin, sambil menambah ia sangat memalukan jika IFA masih membenarkan kelab dari penempatan itu terus beraksi dalam liganya, walaupun telah diberi amaran berulang kali selama lebih sedekad. – Bernama

    Agnes Callamard memberi ucapan selepas dilantik sebagai Setiausaha Agung baharu Amnesty International pada 29 Mac. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda