Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amnesty international sokong perbicaraan ICJ terhadap Israel

    ISTANBUL, 12 JAN – Amnesty International kelmarin menegaskan bahawa prosiding semasa di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang difailkan oleh Afrika Selatan terhadap Israel mempunyai potensi untuk melindungi rakyat Palestin, ‘menamatkan bencana kemanusiaan’ di Gaza dan memberi sinar harapan untuk keadilan antarabangsa.

    “Pada saat Amerika Syarikat terus menggunakan kuasa veto menyekat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu daripada menyeru gencatan senjata, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan terus berleluasa, manakala risiko pembunuhan beramai-ramai adalah jelas.

    “Negara-negara mempunyai kewajipan mencegah dan menghukum tindakan genosid dan jenayah kekejaman lain,” lapor agensi Anadolu memetik kenyataan Setiausaha Agung Amnesty International, Agnes Callamard dalam satu kenyataan. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda