DUBAI, 30 Mei – Pemain Terbaik Asia tahun ini, Omar Abdulrahman telah menjaringkan dua gol hebat ketika Al-Ain membelasah Esteghlal 6-1 untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC semalam. Dua jaringan dari ‘Amoory’ telah menterbalikkan kekalahan 1-0 minggu lepas dan menerajui naib juara tahun lepas itu kepada kemenangan agregat 6-2. Dalam perkembangan lain Al