Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Amorim bertanggungjawab kekalahan United kepada ASEAN All-Stars

    KUALA LUMPUR, 29 MEI – Ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas skuad bimbingannya tewas mengejut 0-1 kepada pasukan ASEAN All-Stars dalam saingan Piala Cabaran Maybank di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

    Kekalahan itu mengejutkan penyokong, yang menunjukkan rasa tidak puas hati sejurus perlawanan tamat, sekali gus dianggap sebagai satu reaksi di luar jangkaan daripada penyokong The Red Devils, khususnya peminat setia dari Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

    Pengendali kelahiran Portugal itu bagaimanapun menerima segala kritikan dengan hati terbuka dan mengakui kekecewaan yang diluahkan peminat pada aksi pertama jelajah pramusim mereka di Asia.

    “Saya sentiasa bertanggungjawab terhadap prestasi pasukan, tidak kira apa jua keadaannya. Ejekan rasa tidak puas hati daripada peminat, saya rasa itu mungkin sesuatu yang perlu kami terima.

    “Jika mereka (peminat) lihat corak permainan Manchester United tidak menjadi, reaksi mereka akan berubah,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini.

    Amorim, yang kecewa dengan keputusan itu berkata juara Liga Perdana Inggeris sebanyak 13 kali itu sepatutnya beraksi lebih baik dan memenangi perlawanan berkenaan.

    Jurulatih berusia 40 tahun itu mengakui skuad bimbingannya bermain dengan corak permainan yang perlahan dan kurang agresif dalam usaha menewaskan pasukan kendalian Kim Sang-sik.

    Walaupun kekalahan itu mengecewakan, terutamanya United dijangka mampu mencatat kemenangan mudah, Amorim berkata perkara paling penting kini adalah bangkit semula dan memperbaiki prestasi pasukan. – Bernama

    Jurulatih Manchester United, Ruben Amorim, ketika sesi latihan menjelang saingan Piala Cabaran Maybank menentang ASEAN All-Stars. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...

    Cabaran Alpha disambut meriah

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV -...

    Brazil anggap penarikan balik tarif AS sebagai ‘kemajuan signifikan’

    SAO PAULO, 23 NOV - Naib Presiden Brazil, Geraldo...

    Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan perpisahan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Yang Di-Pertua Majlis...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...