LONDON, 5 OKT – Kemenangan Manchester United 2-0 atasi Sunderland kelmarin memberikan sedikit kelegaan kepada Ruben Amorim.
Dia mengaku bahawa sebelum menerima kunjungan Sunderland ke Old Trafford, dia memerlukan keputusan yang bagus segera untuk mengelak daripada dipecat.
Jurulatih Portugis itu hanya memperoleh 34 mata daripada 33 perlawanan Liga Perdana sebelum ini sejadi berkhidmat, kini menikmati kemenangan yang jarang berlaku untuk memberi sedikit ruang bernafas sebelum rehat antarabangsa.
“Kami adalah pasukan yang kompetitif dan ‘bermain seperti pasukan dewasa’ hari ini,” kata Amorim. “Kami perlu melakukan persembahan seperti ini di tempat lawan juga. Ia jadi tanggungjawab kami untuk bermain seperti ini.”
Taktik berani Amorim dengan pemilihan pasukannya membuahkan hasil apabila penjaga gol, Senne Lammens mengekalkan rekod bersih untuk penampilan pertamanya, manakala Mason Mount menunjukkan kelebihannya menggantikan Matheus Cunha dengan gol pembukaan.
Mount meredakan ketegangan penyokong tuan rumah dengan penyudah yang baik hasil hantaran lintang Bryan Mbeumo pada minit kelapan.
Percubaan Bruno Fernandes pula ditepis oleh Robin Roefs dan menyentuh palang ketika United mendominasi permainan separuh masa pertama.
Benjamin Sesko menggandakan kelebihan Red Devils dengan jaringan penyudah daripada lontaran ke dalam untuk gol pertamanya di Old Trafford sejak perpindahan £74 juta dari RB Leipzig.
Plot hampir berubah pada penghujung separuh masa apabila Sunderland hampir dihadiahkan penalti, tetapi pemeriksaan VAR membuktikan hukuman tidak dikenakan kepada Sesko ke atas tindakannya terhadap Trai Hume.
Sunderland bermula di tempat kelima bersama impian untuk kembali ke liga teratas, tetapi skuad Black Cats itu telah ditamatkan rekod tanpa kalah empat perlawanan mereka. – AFP


