Wednesday, August 17, 2022
23.5 C
Brunei

AMRO umum pengembangan ruang pejabat di Singapura

-

SINGAPURA, 29 APRIL – Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) hari ini mengumumkan pengembangan ruang pejabatnya di Singapura, terletak di Bangunan MAS di Shenton Way.

Dalam kenyataan yang diterima hari ini, majlis pembukaan telah disempurnakan oleh pegawai-pegawai daripada pihak berkuasa AMRO, Penolong Setiausaha Kementerian Kewangan Singapura, Ping Yi Yee dan Penolong Pengarah Urusan, Autoriti Monetari Singapura, Sing Chiong Leong serta tetamu jemputan lain.

Dalam ucapan, pengarah AMRO, Toshinori Doi berkata, “Pengembangan ruang pejabat kami adalah penting untuk menyokong pertumbuhan AMRO dalam tempoh beberapa tahun akan datang ketika kami memainkan peranan lebih besar dalam menyumbang kepada makroekonomi dan kestabilan kewangan dalam ASEAN+3.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa hos kami, Kementerian Kewangan Singapura dan Autoriti Monetari Singapura atas layanan baik mereka.”

Dengan pengembangan tersebut, AMRO kini menghuni ruang pejabat seluas 23,000 kaki persegi, justeru membenarkan pertubuhan itu memenuhi keperluan pelan pertumbuhan jangka sederhananya.

Ruang pejabat baharu itu dilengkapi penyelesaian tempat kerja digital moden untuk menyokong persekitaran kerja pasca pandemik, termasuk bilik media dan pondok telefon untuk membolehkan mesyuarat maya serta kemudahan lain seperti bilik menyusu dan bilik solat untuk mempromosi budaya kerja yang lebih inklusif dan pelbagai.

Ping Yi Yee, Toshinori Doi dan Sing Chiong Leong semasa merasmikan pembukaan AMRO di Bangunan MAS di Shenton Way. – Gambar serahan Amro
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -