Thursday, March 6, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amsterdam akan pindahkan terminal kapal persiaran

    AMSTERDAM, 21 JULAI — Amsterdam mahu memindahkan terminal kapal persiaran keluar dari tengah-tengah ibu kota bersejarah itu sebagai langkah terbaharu dalam usaha memerangi pencemaran dan kumpulan pelancong yang menyesakkan jalan-jalannya yang sempit dan berbatu.

    Ibu kota Belanda itu merupakan antara bandar-bandar Eropah yang indah – dari Rom ke Venice ke Paris – yang bergelut dengan cara menguruskan bilangan pelawat yang semakin meningkat selepas penutupan semasa pandemik COVID-19.

    Ahli dewan di majlis perbandaran Amsterdam kelmarin bersetuju menyokong satu usul yang meminta bandar itu untuk memindahkan terminal dari lokasi semasa berhampiran dengan stesen kereta api pusat.

    “Keputusan yang jelas telah dibuat oleh majlis perbandaran bahawa terminal kapal persiaran harus meninggalkan bandar ini,” kata Ilana Rooderkerk, ketua parti D66 di Amsterdam, kepada The Associated Press dalam e-mel hari ini. “Eksekutif majlis perbandaran Amsterdam kini akan mencari cara untuk melaksanakannya. Walau apa pun, pada pendapat kami, kapal-kapal besar tidak lagi berlabuh di pusat bandar Amsterdam.”

    Dick de Graaff, pengarah Cruise Port Amsterdam yang mengendalikan terminal di pusat bandar, memberitahu AP bahawa syarikat itu telah mengambil maklum mengenai undian itu dan sedang menunggu langkah seterusnya daripada majlis perbandaran.

    “Tiada penutupan segera terminal itu. Gesaan majlis adalah untuk menempatkan semula terminal itu – dan kami menunggu tindakan susulan daripada ahli majlis,” tulisnya dalam respons e-mel. – AP

    Kapal persiaran MS Azura belayar melepasi institut filem EYE ketika ia meninggalkan pelabuhan Amsterdam, Belanda, 9 Januari 2013. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda