AMSTERDAM, 26 JAN – Dibelenggu oleh ruang penyimpanan yang semakin mengecil untuk meletak ratusan ribu basikalnya, Amsterdam membuka kompleks tempat letak basikal terbesarnya yang pertama kelmarin, yang dibina di bawah air dalam projek perintis kejuruteraan.
Tempat penyimpanan itu dibina di bawah Open Haven Front, akses anak sungai ke sungai IJ di bandar itu, dan akan diikuti oleh satu lagi di sebelah su-ngai IJ itu sendiri yang akan dibuka pada bulan Februari.
Kedua-dua tempat penyimpanan tersebut akan mempunyai kapasiti gabungan untuk 11,000 basikal di ibu kota Belanda yang dipenuhi dengan orang yang suka berbasikal.
“Tempat penyimpanan tersebut akan menjadi yang terbesar di bandar ini,” menurut majlis perbandaran Amsterdam, dengan Open Haven Front boleh memuatkan 7,000 basikal dan tapak sebelah sungai IJ sekitar 4,000. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/01/P13-3a-web-Amsterdam_27012023.jpg)