Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Amy fokus jaga kesihatan sebelum konsert solo

    Menjelang konsert solo berskala besar, penyanyi rock legenda Malaysia, Datuk Amy Search, kini lebih fokus kepada menjaga kesihatan.

    Pada usia 67 tahun, Amy berkata, ia perlu dilakukan supaya mampu mengekalkan stamina sepanjang konsert yang dijadualkan berlangsung selama dua jam setengah.

    “Sudah tentu pada usia sekarang saya perlu pastikan diri kekal sihat dan bertenaga. Penyanyi ini umpama pemain bola sepak kerana perlu kekalkan stamina supaya dapat berikan persembahan mantap.

    “Untuk saya mengadakan persembahan selama dua jam setengah memang cukup menyeronokkan kerana dapat berinteraksi dengan peminat, selain berpeluang menyanyi bersama. Ia juga membawa satu kenangan terindah,” katanya kepada BH Online.

    Amy perlu mengekalkan stamina sepanjang konsert yang dijadualkan berlangsung selama dua jam setengah. – Kosmo Digital Online

    Dalam pada itu, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman meluahkan rasa syukur kerana masih diberi kekuatan dan kesihatan untuk berdiri di pentas besar demi menghiburkan peminat yang tidak pernah jemu menyokongnya.

    Malah, katanya, peluang itu juga menghadiahkan pengalaman baharu buatnya.

    “Setiap kali dapat menjayakan konsert saya dapat rasai satu kepuasan. Sebagai penghibur, saya sentiasa mahu berada atas pentas dan menghiburkan peminat.

    “Bagi saya, semakin kerap membuat persembahan, semakin banyak ilmu dan pengajaran baharu yang dapat saya pelajari,” ujarnya yang sedang giat membuat persiapan bagi konsert solo pertamanya yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April ini.

    Untuk konsert itu, Amy memberitahu, dia akan mendendangkan antara 20 hingga 25 lagu.

    “Sudah tentu lagu kegemaran peminat tak perlu nak cakap, saya akan nyanyikan. Saya janji akan berikan persembahan terbaik. – Agensi

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Majlis undi calon ketua kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Cabaran Alpha disambut meriah

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV -...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...