Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amylea, suami sudah lama bercerai

    Penyanyi dan komposer, Amylea Azizan, 39, mengesahkan rumah tangga bersama Mohammad Aqbar Mohamad berakhir apabila masing-masing memilih membawa haluan sendiri.

    Berita mengejutkan itu dikongsi Amylea menerusi hantaran Instagram (IG) malam tadi, di mana dia memaklumkan sudah tamat tempoh edah dan kini berada dalam keadaan baik.

    “Berat hati untuk memaklumkan yang saya bukan lagi isteri kepada Mohammad Aqbar Mohamad.

    “Saya sudah tamat tamat edah dan saya dalam keadaan sejahtera. Saya doakan kesedihan seperti yang saya lalui ini tidak akan berulang kepada orang-orang yang saya sayangi,” tulisnya.

    Amylea bagaimanapun tidak mendedahkan butiran perceraian termasuk punca dan tarikh perpisahan berlaku.

    Amylea akui sudah tamat tempoh edah dan enggan buka aib mana-mana pihak. – mStar

    Menurut Amylea, perpisahan itu berlaku secara baik, selain menegaskan dia tidak mahu mengulas lanjut bagi mengelakkan sebarang fitnah atau membuka aib mana-mana pihak, lapor BH Online.

    “Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.

    “Saya sangat menghormati dan menyayangi bekas ibu mertua serta seluruh keluarga bekas suami dan anak-anak tiri saya. Kami masih berhubung dengan baik,” katanya lagi.

    Penyanyi yang terkenal dengan lagu Ku Bersalah itu turut menzahirkan rasa reda dan menganggap setiap yang berlaku sebagai ketentuan Allah.

    “Sesungguhnya saya ikhlas dalam perkahwinan kami. Saya kini reda dengan takdir Allah… Doakan saya.

    “Berita ini tidak sepenting hal-hal besar di dunia, tapi saya hanya mahu mengelakkan fitnah,” katanya dengan nada tenang.

    Amylea dan Mohammad Aqbar mengumumkan pernikahan mereka pada November 2023.

    Mereka bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh sebenar majlis berkenaan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda