Monday, April 28, 2025
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Amyra Rosli sebak lepaskan suami berbasikal ke Mekah

    Pelakon Amyra Rosli tidak dapat menahan sebak mengenangkan pertama kalinya bakal berjauhan dengan suami tercinta, Amar Baharin yang akan memulakan misi berbasikal ke Tanah Suci Makkah.

    Amyra atau atau Nur Amira Izzati Rosli, 34, berkata emosinya sedikit terganggu kerana ingin melepaskan suami berbasikal bersama rakan-rakannya, menurut laporan mStar.

    “Saya mungkin tak secekal isteri-isteri yang lain kerana ini adalah pertama kali saya akan berjauhan dengan suami untuk tempoh yang lama.

    “Saya tidak patut berucap sekarang ini kerana emosi saya sedikit bercelaru,” katanya menerusi satu video yang tular di TikTok.

    Dalam video berkenaan, Amar dilihat cuba menenangkan Amyra yang sedang menahan rasa sedih.

    Pun begitu, Amyra turut berharap misi suami dan rakan-rakannya ke Tanah Suci Mekah dipermudahkan serta dapat tiba dengan selamat.

    “Apa pun saya mendoakan suami dan rakannya dalam misi ini sebagai musafir agar mereka sentiasa dilindungi-Nya.

    “Sama-sama kita semua doakan mereka, semoga Allah lindung mereka bermula hari bertolak sampai ke destinasi yang ingin dituju,” kongsinya.

    Sebelum ini, menerusi temu bual bersama mStar, Amar memberitahu hampir hilang semangat meneruskan misi berbasikal ke Tanah Suci Makkah yang dirancang sejak tahun lalu.

    Amar, 40, bagaimanapun memberitahu kata-kata isterinya menjadi pembakar semangat untuk dia meneruskan misi kayuhan sejauh 8,000 kilometer bermula hari ini.

    Misi berkenaan turut disertai oleh rakannya yang juga pendaki pertama Gunung Everest dari Malaysia iaitu Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin.

    Pasangan duo itu dijangka memulakan kayuhan dari Perlis sebelum merentas ke beberapa buah negara lain seperti Thailand, India, Pakistan dan Iran sebelum tiba di Arab Saudi dan dijangka tiba di Madinah Julai depan. – Agensi

    Amyra cuba terlihat tenang melepaskan suaminya mengikuti misi berbasikal. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda