Monday, December 2, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    An An dan Ke Ke tarikan terbaharu Ocean Park Hong Kong

    HONG KONG, 27 SEPT – Hong Kong menyambut sepasang panda gergasi baharu yang dihadiahkan oleh Beijing kelmarin dengan satu majlis mewah, meningkatkan harapan untuk rangsangan dalam sektor pelancongan bandar itu.

    An An dan Ke Ke adalah pasangan panda gergasi ketiga yang dihantar ke bandar itu dari tanah besar China sejak bekas koloni British itu kembali ke pemerintahan China pada tahun 1997.

    Ketibaan haiwan tersebut datang selepas jiran baharunya, Ying Ying, melahirkan anak panda kembar bulan lalu dan memegang rekod sebagai ibu panda pertama tertua di dunia.

    Pendatang baharu ini membawa populasi panda di Ocean Park kepada enam ekor, termasuk bapa kepada anak panda kembar itu, Le Le. Pengerusi Ocean Park, Paulo Pong Kin-Yee, berkata bahawa ini akan menjadikan tiga generasi panda gergasi sebagai tarikan di zoo dan akuarium yang popular di Hong Kong.

    Ketua Eksekutif John Lee berkata An An ialah seekor panda jantan berusia 5 tahun yang lincah, bijak dan aktif, manakala Ke Ke, seekor panda betina berusia 5 tahun yang pandai memanjat, comel dan mempunyai sifat yang lembut.

    Pendatang baharu ini akan dikuarantin selama dua bulan untuk menyesuaikan diri dengan rumah baharunya. Lee menyatakan harapan orang ramai dapat bertemu dengan panda baharu ini pada pertengahan Disember. – AP

    Foto oleh Ocean Park Hong Kong ini menunjukkan An An dilihat di Pangkalan Dujiangyan, Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan China untuk Panda Gergasi di wilayah Sichuan, barat daya China. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda