Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    An Se-young kejutkan dunia

    BANGKOK, 29 JAN – Pemain remaja yang luar biasa, An Se-young meraih kemenangan dalam perlawanan menentang bekas juara dunia, Carolina Marin hari ini di final Jelajah Dunia badminton sebagai kemenangan pertamanya ke atas pemain Sepanyol itu di Bangkok.

    Pemain remaja dari Korea Selatan itu tewas kepada juara Olimpik, Marin, dalam dua pertemuan mereka sebelum ini, tetapi pada hari ini beliau berjaya meraih kemenangan.

    “Saya sangat gembira kerana saya telah menitiskan banyak air mata di sini,” kata pemain berusia 18 tahun itu yang terpilih sebagai Pemain Paling Berpotensi pada tahun 2019.

    Meraih kemenangan set pertama, An kembali bangkit setelah kalah pada set kedua dengan kemenangan 21-16, 14-21, 21-19.

    Dia percaya bahawa dapat mengatasi lawannya yang lebih berpengalaman setelah kalah dengan Marin dalam dua minggu terakhir.

    “Ada banyak perkara yang telah saya pelajari dari Marin dan saya menyesuaikan diri dengan perkara-perkara itu semasa saya bermain,” katanya.

    Marin yang mengejar kejuaraan hatrik selepas memenangi dua kejuaraan terakhir akan tetap mara ke separuh akhir.

    “Persembahan saya baik saja,” kata pemain Sepanyol itu. “Saya bermain seperti dalam latihan. Saya kalah tetapi saya tidak peduli dengan keputusannya.”

    Dalam perlawanan perseorangan lelaki, pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long, yang berada di kedudukan kelapan dunia, mencatat kemenangan di peringkat pusingan akhir menentang pemain pilihan India, Srikanth Kidambi.

    Kerana kekalahannya pada dua hari sebelumnya, Ng tidak akan mara ke separuh akhir, tetapi pemain berusia 26 tahun itu meraih kemenangan 12-21, 21-18, 21-19.

    “Walaupun saya tidak akan berjaya ke separuh akhir, saya masih terus berusaha,” ujarnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda