Sunday, June 30, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    An Se-young sasar pingat emas

    SEOUL, 26 JUN – Pemain badminton nombor satu dunia dari Korea Selatan, An Se-young kelmarin berkata pingat pada Sukan Olimpik Paris bulan depan akan menjadi ‘kepingan terakhir teka-teki’ baginya.

    An hampir memenangi kesemuanya pada usia 22 tahun beliau adalah juara dunia dan juara Sukan Asia semasa, serta berada di ranking nombor satu dunia.

    Satu-satunya yang kurang sekarang hanyalah pingat Olimpik, setelah tersingkir di peringkat suku akhir kepada juara bertahan, Chen Yufei pada Sukan Tokyo yang ditangguhkan akibat pandemik tiga tahun lalu.

    “Bagi saya, pingat Olimpik adalah kepingan terakhir saya dalam teka-teki ini,” kata An semasa hari media di pusat latihan kebangsaan berhampiran Seoul, menurut agensi berita Yonhap.

    “Saya akan cuba membawa pulang teka-teki yang sempurna. Saya akan memberikan segala-galanya dalam Olimpik ini,” tambahnya.

    An menuju ke ibu kota Perancis sebagai calon kegemaran, tetapi antara yang menghalangnya ialah Chen dari China, yang juga merupakan pemain nombor dua dunia.

    Chen memimpin 12-8 dalam rekod pertemuan mereka, tetapi An mengalahkan pesaingnya itu untuk memenangi emas di Sukan Asia di Hangzhou, China tahun lepas.

    Pemain Korea Selatan itu tidak menunjukkan prestasi terbaiknya tahun ini kerana kecederaan lutut, tetapi pergi ke Paris dengan kecergasan yang kini tidak begitu membimbangkan. – AFP

    An berazam untuk melengkapkan ‘kepingan terakhir teka-teki’ baginya dengan membawa pulang pingat emas pada Sukan Olimpik Paris bulan depan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...