Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    ANA ramal kerugian AS$4.87 bilion

    TOKYO, 27 OKT – Syarikat penerbangan terbesar Jepun ANA Holdings hari ini meramalkan kerugian bersih berjumlah AS$4.87 bilion untuk tahun kewangan ini dan mengumumkan penyusunan besar-besaran tatkala pandemik menjejas industri penerbangan global.

    Syarikat itu berkata kerugian bersih separuh tahun pertamanya berjumlah 188.4 bilion yen – kemerosotan mendadak berbanding keuntungan 56.7 bilion yen pada tempoh April-September yang sama tahun lalu.

    “Terdapat kemerosotan besar dalam permintaan penumpang, yang telah terkesan teruk oleh sekatan imigresen di seluruh dunia dan sekatan ke atas pergerakan di Jepun disebabkan penularan COVID-19,” kata ANA dalam satu kenyataan. “Sementara permintaan beransur-ansur pulih pada separuh tahun kedua, ia tidak dijangka kembali ke tahap berbanding sebelumnya,” tambahnya.

    Pendapatan merosot 72 peratus kepada 291.8 bilion yen untuk enam bulan. ANA meramalkan kerugian bersih berjumlah 510 bilion yen untuk tahun fiskal sehingga Mac 2021, berbanding dengan keuntungan bersih sebanyak 27.6 bilion yen pada tahun sebelumnya.

    “Keputusan kewangan tahun ini dijangka amat sukar,” beritahu CEO Shinya Katanozaka kepada wartawan.

    Media tempatan melaporkan syarikat merancang mengurangkan 3,500 pekerjaan menerusi pembekuan penggajian, sementara CEO berjanji akan ‘melindungi pekerjaan 46,000 kakitangan.’ – AFP

    Jet penumpang All Nippon Airways (ANA) kelihatan di landasan kapal terbang di lapangan terbang Haneda, Tokyo kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda