Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak Akshay Kumar alamai gangguan seksual dalam permainan digital

    Pelakon Akshay Kumar dedahkan anak perempuannya, Nitara Kumar,13, menjadi mangsa gangguan seksual ketika sedang bermain permainan video secara dalam talian beberapa bulan lalu.

    Perkara itu didedahkan sendiri oleh Akshay dalam satu majlis sempena Perasmian Bulan Kesedaran Siber yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Negeri di Mumbai, India.

    Hindustan Times melaporkan, Nitara menerima mesej berunsur lucah daripada individu tidak dikenali yang meminta gambar bogel sewaktu sesi permainan tersebut.

    “Semasa dia (Nitara) bermain, masuk satu mesej bertanyakan kepada anak saya sama ada lelaki atau perempuan. Selepas anak saya menjawab, lelaki itu berkata ‘boleh tak awak hantar gambar bogel?’ Anak saya terkejut terus berhenti bermain permainan video itu dan mengadu kepada isteri saya,” katanya.

    Dalam pada itu, Akshay meluahkan rasa syukur kerana Nitara bertindak pantas dengan memaklumkan kepada isterinya iaitu pelakon Twinkle Khanna.

    Namun, aktor berkenaan menekankan bahawa tidak semua kanak-kanak mampu mengendalikan situasi sebegitu dengan baik.

    “Beginilah permulaan kepada jenayah siber. Saya mohon kepada Ketua Menteri supaya diadakan satu waktu khas setiap minggu di sekolah. Kelas khas ini bertujuan untuk mendidik pelajar tentang jenayah siber,” ujarnya.

    Untuk rekod, Akshay berkahwin dengan Twinkle pada 17 Januari 2001. Selain Nitara, pasangan selebriti ini turut mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Aarav Kumar yang kini berusia 23 tahun. – Agensi

    Akshay kesal apabila anak gadisnya menerima gangguan seksual secara dalam talian. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda