Wednesday, January 22, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Puteri Sarah ada terfikir untuk kembali berkahwin

    Hampir dua tahun bergelar ibu tunggal, pelakon Puteri Sarah Liyana ada terfikir untuk kembali berumah tangga sekiranya dipertemukan dengan calon sesuai.

    Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40, bagaimanapun tidak pernah membuka topik kahwin dengan dua orang anak-anaknya kerana merasakan mereka masih kecil untuk memahami tentangnya.

    “Doakan yang terbaik walau siapa pun jodoh saya tapi hal ini tidak pernah pun dibincangkan dengan anak-anak sebab mereka pun masih kecil untuk memahaminya.

    “Sekarang pun mereka bahagia sahaja dengan kehidupan mereka malah tak kurang pun kasih sayang yang diberikan,” katanya kepada mStar.

    Puteri Sarah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi fotografi promosi bersempena Ramadan Raya di Sri Pentas, Bandar Utama kelmarin.

    Dalam pada itu, Puteri Sarah menegaskan pentingnya persekitaran positif agar anak-anak dapat membesar tanpa tekanan.

    Jelasnya, emosi dan mental ibu juga memainkan peranan penting terhadap tumbesaran anak-anak.

    “Mungkin kalau anak-anak yang ada depresi atau merasa kehilangan, baru mereka akan bertanya sebab itulah penting persekitaran positif untuk anak-anak.

    “Itulah pentingnya seorang ibu itu untuk bahagia dulu, contoh kalau saya pun bersedih, menangis dengan apa yang berlaku, mesti anak-anak pun merasai benda itu,” kongsinya.

    Untuk rekod Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 2014 bagaimanapun bercerai ada 14 Jun 2023. Mereka mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 8, dan Sumayyah, 6 tahun. – Agensi

    Anak-anak Puteri Sarah sentiasa bahagia. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda