Sunday, July 7, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Anak-anak beri ‘lampu hijau’ Wilma kembali aktif

    Selepas 20 tahun berehat daripada kegiatan lakonan, akhirnya, aktres berpengalaman, Wilma Muhammad mengambil keputusan membuat kemunculan semula menerusi filem Saka Perawan yang ditayangkan di pawagam, Khamis lalu.

    Bintang jelita yang pernah meraih gelaran Pelakon Harapan Wanita, Festival Filem Malaysia ke-13 (FFM 13) pada 1997 menerusi watak Rabiah dalam filem Ghazal Untuk Rabiah bersama Datuk Jamal Abdillah, terpanggil kembali ke dunia lakonan selepas mendapat lamaran pengarah terkenal, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

    Muncul semula ketika industri lakonan sudah beralih evolusi ke arah digital dan lebih moden, aktres berusia 51 tahun ini mengaku terkejut kerana senario hari ini tidak lagi sama pada awal kemunculannya pada era 1990an.

    Pernah meraih perhatian menerusi filem Pasrah arahan Datuk Yusof Haslam pada 2000, Wilma bagaikan pelakon baharu, namun, dia bersyukur masih ramai mengalu-alukan kedatangannya selepas sekian lama tidak berada di set penggambaran.

    “Apabila kembali semula saya rasa macam kali pertama berlakon dan gementar. Namun, masuk sahaja set penggambaran, semua orang mengalu-alukan saya.

    “Malah, ada antara pelakon generasi baharu yang kenal dan tegur saya dengan rasa teruja. Tiada seorang pun pelakon baharu dalam penggambaran filem ini sombong.

    “Cuma, apabila kembali selepas 20 tahun, kerisauan saya hanya satu, iaitu sama ada mampu atau tidak untuk berlakon dengan baik. Ada bahagian saya kena belajar semula sebab sudah lama tinggalkan bidang lakonan,” katanya kepada BH Online.

    Mengulas faktor utama berehat daripada dunia lakonan, aktres kelahiran Lahad Datu, Sabah itu mengaku menunaikan tanggungjawab sebagai ibu dan suri rumah, sehinggalah salah seorang anak memberi dorongan untuk beaksi semula. – Agensi

    Sepanjang 20 tahun berehat, Wilma mengakui, ada sesekali terbit rasa rindu untuk beraksi di hadapan kamera. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...