Oleh Sim Y.H. – BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan daerah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menyokong Majlis Penyampaian Derma Anak-anak Yatim Peringkat Kebangsaan bagi 2024 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin.

