Sunday, February 9, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak Angelina Jolie tak berminat jadi selebriti, tiada privasi

    Tidak selesa dengan dunia glamor dan tumpuan media, anak-anak pelakon Angelina Jolie enggan menjadi selebriti.

    Menurut Jolie, 50, anak perempuannya iaitu Shiloh Jolie-Pitt sangat membenci dunia hiburan.

    “Mereka benar-benar tidak suka dengan dunia selebriti terutamanya Shiloh, dia sangat membencinya.

    “Katanya menjadi selebriti bukan perkara biasa. Ia satu perkara yang sungguh mengarut.

    “Mereka sangat pemalu, seorang yang sangat mementingkan privasi,” katanya.

    Meskipun Jolie merupakan salah seorang pelakon berpengaruh, anak-anaknya tidak berminat untuk mengikut jejak langkahnya dalam bidang lakonan.

    Pelakon Maleficent itu bagaimanapun berkata anak-anaknya tetap mempunyai kecenderungan dalam bidang seni, tetapi bukan sebagai pelakon.

    “Saya sentiasa mahu mereka berada dalam dunia perfileman. Sangat bagus jika kita menjadi artis yang kreatif. Tapi, mereka tidak berminat.

    “Ada yang suka menari, melukis dan teater, tetapi tiada seorang pun daripada mereka yang mahu berada di skrin,” ujarnya.

    Untuk rekod, Angelina berkahwin dengan pelakon Brad Pitt pada 2014, namun bercerai pada Disember tahun lalu.

    Pasangan ini memiliki enam orang cahaya mata iaitu Maddox, Pax, Zahara, Shiloh, Vivienne dan Knox. – Agensi

    Keenam-enam anak Jolie tidak mahu menjadi selebriti.- mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda