Belum cukup setahun mengambil Lily sebagai anak angkat, Nagita Slavina mendedahkan kanak-kanak itu sudah pun menerima pelbagai tawaran menjadi duta produk.
Meskipun belum menerima tawaran berkenaan, Nagita berkata dia sudah merancang untuk menyimpan pendapatan Lily itu untuk masa depan kanak-kanak tersebut.
“Banyak produk yang tawar Lily jadi brand ambassaror. Tapi saya belum terima lagi tawaran tersebut.
“Tak mengapa, kita simpan duit itu dahulu untuk tabungnya masa depan,” katanya.
Bukan itu sahaja, suami kepada Nagita iaitu aktor Rafi Ahmad turut bersetuju membenarkan Lily melakukan perkerjaan tersebut.
“Lily nak jadi bintang iklan? Boleh saja. Yang penting dia sendiri mahu,” jelasnya.
Sebelum ini, kehadiran Lily dalam kehidupan pasangan berkenaan sejak tahun ini mengundang spekulasi warganet sehingga ada yang mempersoalkan status anak damit tersebut, kongsi mStar.
Setelah sekian lama berdiam diri, Rafi akhirnya mengaku mengambil Lily daripada sebuah rumah anak yatim pada Ogos lalu.
Untuk rekod, Rafi dan Nagita berkahwin pada 17 Oktober 2014 kemudian dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Rafathar dan Rayyanza. – Agensi