HONOLULU, 30 Jun – Anjing laut terancam jenis Hawaiian Monk Seal telah melahirkan anak di sebuah pantai Waikiki – kelahiran pertama dalam kira-kira beberapa dekad.
Anak anjing laut itu lahir lewat Rabu atau awal Khamis, kata Angela Amlin, koordinator bagi Program Pemulihan Hawaiian Monk Seal.
Ibu dan anak anjing laut itu telah menarik perhatian pengunjung ketika ia bergolek di pasir. Sukarelawan memantau keselamatan pengunjung yang menyaksikannya di sebalik pengadang tali.
Ibu anjing laut dikenali sebagai RH58 dan dinamakan Rocky, hidup di sekitar Oahu sejak 2002. Namun ia telah kembali ke Kauai, tempat ia dilahirkan 17 tahun lalu, untuk melahirkan anak.
Kali ini ia telah melahirkan anaknya di Kaimana, sebuah kawasan popular di Waikiki bersama penduduk Honolulu.

Ia adalah anak anjing laut pertama yang dilahirkan di daerah pelancongan yang mempunyai penduduk yang ramai sejak National Oceanic dan Atmospheric Administration mula mengesannya dalam tahun 1970-an, kata Amlin.
Amlin berkata anjing laut biasanya melahirkan anak di kawasan yang sunyi oleh itu adalah jarang sekali ia muncul di kawasan sesak seperti Waikiki.
Hawaiian Monk Seal dianggap spesies terancam yang mempunyai bilangannya sekitar 1,400 ekor sahaja. – AP