Monday, February 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak Babeto sertai Sporting

    LISBON, 17 Mei – Ketika meraikan kejayaan menjulang Piala Dunia 1994, legenda Brazil, Babeto yang kerap menggayakan aksi mendodoi anak dan hari ini, anak lelakinya Mattheus Oliveira mengikat kontrak lima tahun bersama kelab dari Portugal, Sporting Lisbon.

    Pemain tengah menyerang berusia 22 tahun itu berpindah dari kelab yang menjadi pesaing Sporting iaitu Estoril selepas memulakan kariernya bersama kelab Flamengo di Rio de Janeiro, Brazil.

    Oliveiro hanya berusia sehari selepas bapanya, Babeto atau nama penuhnya Jose Roberto Gama de Oliveira membantu Brazil menjulang trofi Piala Dunia buat kali keempat.

    Ketika itu, Bebeto, menjaringkan tiga gol sepanjang kempen pusingan akhir Piala Dunia yang berlangsung di Amerika Syarikat.

    Selepas menjaringkan gol ke atas Belanda pada saingan suku akhir di Dallas, Babeto menjadi begitu popular dengan gaya mendodoi bayi sempena kelahiran anak lelakinya, Mattheus.

    Media Portugal menganggarkan nilai rundingan membawa Oliveiro ke Sporting itu sebanyak 2 juta euro dengan klausa perjanjian bernilai 60 juta euro. Kelab Sporting Lisbon mengesahkan ketibaan pemain itu melalui kenyataan media.

    “Sporting sudah mencapai persetujuan dengan Estoril untuk menyelesaikan perpindahan Mattheus Oliveira,”

    Dua musim bersama Estoril, dia menjaringkan enam gol dalam 56 penampilan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda