Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak badak Sumatera terancam, lahir di Indonesia

    JAKARTA, 28 MAC – Seekor anak badak Sumatera betina yang jarang ditemui, telah lahir di Tempat Perlindungan Badak Sumatera di Taman Negara Way Kambas, daerah Lampung Timur, Indonesia, kata pegawai hari ini.

    Pengarah Am Pemuliharaan Sumber Alam dan Ekosistem Negara di Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan, Wiratno mengatakan anak badak Sumatera itu dilahirkan oleh pasangan Rosa dan Andatu pada Khamis, 24 Mac, jam 11:44 pagi waktu tempatan selepas induknya mengandungkannya selama 476 hari.

    “Kelahiran itu adalah berita baik di tengah-tengah usaha kita meningkatkan bilangan badak Sumatera,” tambahnya.

    Dengan kelahiran itu, populasi mamalia herbivor itu yang diklasifikasikan sebagai terancam, kini bertambah kepada lapan ekor, menurut Kesatuan Pemuliharaan Alam Antarabangsa (CITES). – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda