Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak bekas presiden ditikam hingga mati

    FRANKFURT AM MAIN, 20 NOV – Seorang penyerang menikam anak kepada bekas Presiden Jerman, Richard von Weizsaecker sehingga mati dalam satu serangan di hospital Berlin yang sebelum itu telah mengakibatkannya berada dalam keadaan kritikal, kata polis hari ini.

    Motif serangan terhadap Fritz von Weizsaecker, 59, bagaimanapun masih belum jelas.

    Sebelum kejadian, Von Weizsaecker, yang merupakan seorang doktor, baru sahaja selesai menyampaikan taklimatnya mengenai isu kesihatan di hospital Schlosspark di barat kejiranan Berlin di Charlottenburg ketika dia ditikam, kata jurucakap polis.

    Dia meninggal dunia di tempat kejadian.

    Salah seorang yang berada di tempat kejadian juga mengalami kecederaan selepas bergelut dengan penyerang itu dalam usahanya untuk membantu mangsa.

    Pihak polis telah memulakan penyiasatan dan dijangka akan mengeluarkan maklumat mengenai pelaku itu dan motif serangan.

    Ketua parti kebebasan FDP, Christian Lindner, melahirkan ucapan takziah kepada mangsa yang merupakan sahabatnya dalam twitter, sambil menulis ‘Sekali lagi kita perlu tanya diri kita apakah situasi dunia yang kita sedang diami sekarang ini.’

    Mangsa sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak. Bapanya, Richard von Weizsaecker merupakan salah seorang tokoh politik yang terkemuka. – AP

    Anggota polis, bomba dan kakitangan perubatan berkejar ke tempat kejadian selepas seorang doktor ditemui mati akibat ditikam oleh penyerang di Charlottenburg. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda