Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Anak belum lahir tidak bersalah’

    MIAMI, 24 FEB – Seorang wanita mengandung yang didakwa membunuh dan dipenjarakan di Florida menuntut dibebaskan atas alasan anaknya yang belum lahir tidak bersalah dan ‘penahanannya menyalahi undang-undang,’ kata peguam semalam.

    “Anak itu tidak mempunyai tempat duduk di meja apabila keputusan untuk memenjarakan ibu dibuat,” beritahu peguam William Norris kepada AFP.

    Ibu itu, Natalia Harrell, 24, telah dipenjarakan selama tujuh bulan dan berdepan dakwaan membunuh selepas menembak mati seorang wanita ketika menaiki Uber di Miami Julai lalu.
    Harrell hamil enam minggu pada masa dia ditahan.

    Harrell mempunyai pistol dalam dompetnya dan ‘bimbang mengenai nyawa dirinya dan anaknya yang belum lahir,’ menurut petisyen yang difailkan pada minggu lalu.

    Janin itu ‘tidak melakukan sebarang jenayah’ namun tetap dipenjarakan ‘dalam keadaan buruk’ dan melainkan dibebaskan ‘berkemungkinan dia lahir di dunia ini di atas lantai
    konkrit sel penjara,’ menurut petisyen.

    Petisyen juga mengatakan ibu berkenaan tidak menerima jagaan perubatan yang wajar semasa berada dalam penjara.

    Norris berkata dia diupah oleh bakal bapa anak itu, dan memfailkan petisyen bagi pihak fetus.

    Petisyen menegaskan ‘anak yang belum lahir juga seorang manusia.’ – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda