Baru berusia 12 tahun, anak pasangan selebriti sensasi Beyonce dan Jay-Z, Blue Ivy sudah mendapat kritikan hebat daripada peminat.
Memetik laporan Kosmo, kritikan tersebut bukan disebabkan bapanya, Jay-Z yang terpalit tuduhan merogol remaja 13 tahun, tetapi kerana penampilannya ketika hadir ke tayangan perdana Mufasa: The Lion King minggu lalu.
Ivy yang mengenakan gaun warna keemasan dengan solekan tebal dikatakan kelihatan terlalu tua berbanding usia sebenarnya yang masih kanak-kanak.
“Beginikah penampilan kanak-kanak berusia 12 tahun. Dia kelihatan seperti wanita berusia 40 tahun.
“Saya seperti tidak percaya kanak-kanak 12 tahun kelihatan seperti wanita dewasa,” kata warganet.
Filem tersebut memperlihatkan Ivy sebagai pelakon suara bagi watak Kiara bersama ibunya yang memegang peranan sebagai Nala. – Agensi