Thursday, October 24, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak bongsu pengasas Singapura diberi perlindungan di UK

    SINGAPURA, 23 OKT – Anak bongsu kepada pemimpin pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, berkata beliau telah diberikan perlindungan di United Kindom (UK) selepas dianiaya di negaranya akibat ketegangan dalam keluarga berkaitan harta.

    Lee Hsien Yang berkata, dalam catatan Facebook kelmarin dia mendapatkan perlindungan pada 2022 sebagai pilihan terakhir daripada tekanan kerajaan terhadapnya.

    “Saya pelarian politik dari Singapura di bawah Konvensyen Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1951,” tulis Lee, 67 tahun.

    “Saya menghadapi penganiayaan yang berasas dan tidak dapat kembali ke Singapura dengan selamat,” tambahnya.

    Keluarga Lee adalah perkara yang paling dekat dengan kerajaan Singapura, di mana isu pertelingkahan mereka sama ada untuk merobohkan atau memelihara rumah satu tingkat telah menimbulkan gosip dan telah menjadi tajuk berita.

    Lee Hsien Yang dan kakaknya mahu merobohkan banglo yang menjadi pusat penubuhan Parti Tindakan Rakyat (PAP), di mana ia telah mentadbir Singapura sejak 1959.

    Abang mereka, bekas perdana menteri, Lee Hsien Loong, mahu memelihara harta itu, yang menyebabkan adik-beradiknya menuduhnya cuba untuk mengeksploitasi legasi bapa mereka untuk kepentingan politik.

    Selepas Lee Wei Ling meninggal dunia akibat sakit 9 Oktober lalu, Lee Hsien Yang berkata, dia berasa tidak selamat untuk kembali ke Singapura untuk pengebumian beliau. – AFP

    Gambar fail bertarikh 24 Jun 2020 menunjukkan Lee Hsien Yang semasa berada di Pasar Tiong Bahru di Singapura. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda