Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak Christina Perri meninggal dunia

    Penyanyi Hollywood terkenal Christina Perri menerusi hantaran di laman Instagram berkongsi khabar sedih yang mana anak damit perempuannya telah meninggal dunia.

    Menurut Perri, anak damit perempuannya itu meninggal dunia pada malam Rabu lalu waktu tempatan selepas dua minggu ditahan di hospital akibat komplikasi. Malah dedahnya sejurus dilahirkan, anak damit tersebut tidak mengeluarkan sebarang bunyi namun tetap berjuang untuk meneruskan hidup.

    “Malam tadi (Rabu lalu) kami telah kehilangan anak damit perempuan kami. Dia telah dilahirkan tanpa sebarang bunyi selepas berjuang dengan sukar untuk hidup dalam dunia kita.

    ”Dia di tempat yang tenang sekarang dan akan sentiasa hidup dalam hati kami,” tulisnya. Sebelum ini, Perri memaklumkan dia enggan mengambil gambar dirinya dalam keadaan hamil. Namun selepas memikirkan segala-galanya, dia meneruskan penggambaran tersebut kerana khuatir berkemungkinan dia tidak lagi akan hamil. – Agensi

    Anak damit perempuan Christina Perri meninggal dunia akibat komplikasi. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda