Thursday, November 30, 2023
25.8 C
Brunei

    -

    Anak damit 12 bulan tidak sedarkan diri dalam jagaan taska

    MELAKA, 1 NOV – Seorang anak damit lelaki berusia 12 bulan tidak sedarkan diri ketika berada dalam jagaan sebuah taska di Taman Pertam Jaya, Semabok, kelmarin.

    Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata kejadian berkenaan dimaklumkan pemilik taska terbabit kepada bapa anak damit itu menerusi mesej pesanan suara WhatsApp kira-kira 9:30 pagi.

    “Bapa kepada anak damit berkenaan yang berusia 30 tahun itu dimaklumkan oleh pemilik taska bahawa bebola mata hitam anaknya bergerak ke atas ketika sedang dimandikan dan dipakaikan baju selain turut bertanya sama ada mangsa pernah diserang sawan atau tidak.

    “Bapa mangsa kemudian bergegas ke taska itu dan mengambil anaknya untuk dibawa ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis pada 12:31 tengah hari, kelmarin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata pemeriksaan awal doktor mendapati anak damit berkenaan mengalami pendarahan di bahagian kepala dan kini masih dirawat di hospital itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...