Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak damit baru lahir ditinggalkan depan rumah

    LAHAD DATU, 18 JULAI – Seorang anak damit lelaki yang dipercayai baru lahir ditinggalkan dalam keadaan berbalut kain di hadapan sebuah rumah di Kampung Burung, Jalan Bakawali di sini awal pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail berkata anak damit itu ditemukan orang awam pada 3:06 pagi dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

    “Keadaan anak damit itu kini dilaporkan stabil, siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab. Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang anak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata jika sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

    Dalam kes berasingan, Dzulbaharin berkata pihaknya melakukan tangkapan ke atas seorang wanita berusia 21 tahun di sebuah hotel di sini kerana menawarkan khidmat seks melalui aplikasi Michat dengan bayaran RM250 hingga RM350, dalam Operasi Noda pada 10:30 malam tadi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda