Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak damit berdepan risiko kematian – UNICEF

    WASHINGTON, 20 Feb – Anak damit yang dilahirkan di negara-negara miskin, kebanyakannya dari Afrika masih berdepan risiko kematian yang membimbangkan iaitu 50 kali lebih tinggi berbanding anak damit yang dilahirkan di negara-negara kaya, menurut laporan yang dikeluarkan UNICEF hari ini.

    Meskipun berlaku peningkatan yang meluas terhadap kesihatan kanak-kanak pada suku abad lalu, “Kami masih belum membuat kemajuan yang serupa bagi menghentikan kematian dalam kalangan kanak-kanak yang berumur kurang satu bulan,” menurut pengarah eksekutif UNICEF, Henrietta Fore.

    “Memandangkan kebanyakan kematian itu dapat dicegah, namun kami nampaknya gagal di negara-negara termiskin di dunia.”

    Perbezaannya adalah sangat besar. Anak damit yang dilahirkan di Pakistan, sebuah negara dengan kadar kematian yang terburuk berhadapan dengan risiko satu daripada 22 peluang kematian, sementara anak damit yang baru dilahirkan di Jepun hanya mempunyai risiko 1,111 kematian, jelas laporan itu.

    Gambar fail pada 5 Mac 2014 menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan menggendong anak damit di belakangnya di sebuah kem yang dibina berdekatan gereja Katolik Bossangoa di Republik Afrika Tengah. – AFP

    Menurutnya, daripada 10 negara yang berisiko tinggi, lapan berada di sub-Sahara Afrika yang mana ‘wanita hamil kurang mendapat bantuan’ akibat kemiskinan, konflik atau institusi yang lemah.

    Lapan negara itu ialah Republik Afrika Tengah (satu dalam 24 peluang kematian); Somalia, Lesotho, Guinea-Bissau dan Sudan Selataan (satu dalam 25 peluang); Cote d’Ivoire (satu dalam 27 peluang); Mali dan Chad (satu dalam 28 peluang).

    Pada setiap tahun, dianggarkan kira-kira 2.6 juta anak damit meninggal dunia pada bulan pertama mereka. Laporan itu yang dikeluarkan bersempena pelancaran kempen global ‘Setiap Kanak-Kanak Hidup’ adalah bermatlamat untuk memastikan ‘kemampuan, penjagaan kesihatan berkualiti bagi setiap ibu dan anak baru lahir.’ – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda