Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Anak damit dikesan positif

    PUTRAJAYA, 28 APRIL – Seorang anak damit dikesan positif COVID-19 selepas dilahirkan ibunya yang juga positif wabak berkenaan.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika mengesahkan perkara itu berkata, setakat ini tidak dapat dipastikan sama
    ada jangkitan itu berlaku semasa anak damit itu berada dalam kandungan atau sebaliknya.

    “Memang kita ada satu kes iaitu ibu mengandung melahirkan anak…18 hari dah positif.

    “Kita tak pasti (jangkitan) mungkin berlaku masa mengandung tapi apa yang pasti semasa proses (kelahiran) tiada komplikasi berlaku,” katanya pada sidang media harian mengenai COVID-19 di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda